Sunday, December 28, 2008

Perencah Segera Home Made

Tips untuk manusia zaman sekarang yang kununnya sentiasa bz dan kekurangan masa untuk memasak. Sediakanlah perencah multi-use dalam peti ais anda. Boleh dibuat seminggu sekali sewaktu masa lapang. dan boleh digunakan untuk memasak apa sahaja yang ingin dimakan. So, bolehlah menghindari dari diejek sebagai pemalas oleh pasangan atau penyebok2 setia.

Bahan2 yang diperlukan:-

2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
perasa "secukup rasa"
garam secukup rasa
air

Cara-cara membuatnya:-
kupas kesemua bawang dan hiris. Masukkan semua bahan dalam blender dan blendlah hingga lumat. masukkan dalam balang atau tapuware dan sipan dalam peti sejuk.

apabila hendak memasak, panaskan minyak dan masukkan 2-3 sudu makan dan goreng hingga naik bau. masukkan rencah2 masakan mengikut cita rasa masing2.

sesuai untuk menggoreng nasi, mee, meehoon, mee sanggul, masakan sambal, masakan kari, masakan kurma, dan sebagainya....

cubalah, sure sedap.....

Tuesday, December 9, 2008

Pudding Buah Jelly Strawberi

BAHAN LAPISAN PERTAMA:

1 biji kek span (potong dadu)

LAPISAN KEDUA:

750 ml susu segar

50 gm gula kastor

40 gm tepung kastad

1 biji telur

LAPISAN KETIGA:

Buah-buahan campuran

LAPISAN KEEMPAT:

Jeli segera perasa strawberi



CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan lapisan kedua dan tapiskan. Masak sehingga pekat.

2. Kemudian tapiskan air buah-buahan campuran dan ambil buahnya sahaja.

3. Masak jeli mengikut sukatan yang telah tersedia. Ketepikan.

4. Susun kek span yang dipotong kiub di dalam gelas. Tuangkan kastad hingga tertutup kek. Susunkan buah-buahan campuran. Tuangkan jeli dan sejukkan.

Menarik dan Mudah untuk dicuba