Sunday, December 28, 2008

Perencah Segera Home Made

Tips untuk manusia zaman sekarang yang kununnya sentiasa bz dan kekurangan masa untuk memasak. Sediakanlah perencah multi-use dalam peti ais anda. Boleh dibuat seminggu sekali sewaktu masa lapang. dan boleh digunakan untuk memasak apa sahaja yang ingin dimakan. So, bolehlah menghindari dari diejek sebagai pemalas oleh pasangan atau penyebok2 setia.

Bahan2 yang diperlukan:-

2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
perasa "secukup rasa"
garam secukup rasa
air

Cara-cara membuatnya:-
kupas kesemua bawang dan hiris. Masukkan semua bahan dalam blender dan blendlah hingga lumat. masukkan dalam balang atau tapuware dan sipan dalam peti sejuk.

apabila hendak memasak, panaskan minyak dan masukkan 2-3 sudu makan dan goreng hingga naik bau. masukkan rencah2 masakan mengikut cita rasa masing2.

sesuai untuk menggoreng nasi, mee, meehoon, mee sanggul, masakan sambal, masakan kari, masakan kurma, dan sebagainya....

cubalah, sure sedap.....

Tuesday, December 9, 2008

Pudding Buah Jelly Strawberi

BAHAN LAPISAN PERTAMA:

1 biji kek span (potong dadu)

LAPISAN KEDUA:

750 ml susu segar

50 gm gula kastor

40 gm tepung kastad

1 biji telur

LAPISAN KETIGA:

Buah-buahan campuran

LAPISAN KEEMPAT:

Jeli segera perasa strawberi



CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan lapisan kedua dan tapiskan. Masak sehingga pekat.

2. Kemudian tapiskan air buah-buahan campuran dan ambil buahnya sahaja.

3. Masak jeli mengikut sukatan yang telah tersedia. Ketepikan.

4. Susun kek span yang dipotong kiub di dalam gelas. Tuangkan kastad hingga tertutup kek. Susunkan buah-buahan campuran. Tuangkan jeli dan sejukkan.

Menarik dan Mudah untuk dicuba

Sunday, November 23, 2008

Tentang Seseorang

Ku lari Ke hutan
Kemudian menyanyiku
Ku Lari Ke Pantai
Kemudian Teriak Ku

Sepi....
Sepi dan Sendiri... aku benci
Aku ingin Bingar...
aku mau di pasar...
Bosan Aku dengan Penat
Enyah saja kalau pekat
Seperti berjelaga tika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ada malaikat
menyulam jaring labah-labah belang
Di tembok kraton putih

Kenapa tidak digoyangkan saja locengnya
biar terdera
Atau...
Aku harus lari ke hutan
belok ke pantai....

Sunday, November 2, 2008

Body Balance 42 Playlist

Change- Sugababes:-
Change - Sugababes

Superwoman - Alicia Keys
Superwoman - Alicia Keys

Sleep - Conjure One
Sleep - Conjure One

Extreme Ways (Bourne's Ultimatum) - Moby
Extreme Ways (Bournes Ultimatum) - Moby

Friday, July 11, 2008

New Workplace

7/7/2008
- Today is my first day, report duty in a new company I joint.
- Company Address :
EDS MSC (Malaysia) Sdn Bhd
Block 3502, Enterprise 2
Jalan Teknokrat 5
63000 Cyberjaya, Selangor

11/7/2008
- Today is my first day get my laptop after one week reading book and notes... thank god. My life is back...

hehehheee
wish me luck for my new workplace....

Sunday, June 15, 2008

Makan Day of the month

Makan-makan-makan...
Pagi: Nasi Lemak Kak zuli + Muffin + Coklat Cheese Cake
Pagi lambat sket : Nasi Goreng + Mee Goreng
Tghari : Kuih Lapis + Cara Berlauk + Kuih Lapis + Cara Berlauk...

waaa.. makan sampai mabok kat PPUM iCARE Office L1 Menara Utama...

Keledek Vitato???

Hmm.. bunyik pelik gak nama keledek nie.. tengok rupe pun same je ngan keledek yg lain2.. tu laa sbb nye pagi tadi gi laa tgk perasmian keledek vitato nie kat Pasar Tani Shah Alam... oooo.. baru laa tau Vitato tu sbb nak bg tau yg keledek tu dah diperkaya ngan Vitamin Vita-kerotina ape tah name tah.. cam dalam Omega3 sume tu laa kot...

So, satu lagi laa peluang bisness yg agak bagus.

Katenye kalo nak wat projek nie, boleh dapatkan khidmat nasihat dari MARDI. then untuk wat pasaran pulak, boleh liaise ngan FAMA... bunyiknye macam bagus betul.. Tambah pulak, katenye lagi mesin2 tuk buat tepung keledek ni pun dah ada... so boleh laa dijual tuk jadikkan tepung keledek.

Rasenye nak gak laa teropong kalo ada masa teluang nanti.... :)

Janji perlu ditepati....

walaupun dah setahun berjanji dan hapir-hampir lupa, perlu gak ditepati. takut nanti tergolong dalam golongan orang-orang yang tak menepati janji.

Janji kali ni adalah nak buat kek Marble Coklat cheese... yummyyy sedap nyee.. sbb tu laa ade kawan tu terliur and soh buatkan.. dah lame dah janji tapi skrg baru laa nak buat.. hehehee...

anyway, nak share resipi sket laa kali ni...

Bahan-bahannye mudah je.. tak banyak tapi agak mahal terutama cream cheese..lainnye hanya perlukan :-
Lapisan Bawah
370g Mentega
½ Cawan Serbuk Koko
2 cawan gula custor
4 biji telor
2 cawan tepung halus (Super Fine Flour)

Lapisan Atas
500g Cream Cheese
1 Cawan gula halus
2 sudu teh vanilla
1 Cawan air
1 sudu teh baking powder
2 biji telor

Bila dah ada semua bahan-bahan tu, bley laa start buat. Tatau cara nak buat? meh baca bawah nie cara-cara membuatnya plak..:-

1. Cairkan mentega dan masukkan Serbuk Koko. Biarkan sejuk. Kemudian pukulkan dengan gula dan masukkan telur satu persatu, masukkan tepung, siapkan loyang dan tuangkan adunan tadi. Bakar hingga masak.

2. Pukul Cream cheese, gula, telur air, serbuk penaik dan vanilla hingga rata. Bila adunan kek sudah masak, barulah tuangkan adunan cheese diatasnya. Bakar hingga masak.

memang sedap... makan adunan pun best walaupun belum masak...

Tuesday, May 27, 2008

Masa Untuk Melangkah

Telah tiba waktu untuk meneruskan langkah.... hehehehee... tadi dapat call dari satu kompeni yang aku apply and pegi interview 2 bulan lepas. Dah nak putus asa sebenarnya.. tetiba lak dapat call... dah le hari nie sume tak kene... siap keta tercalar!!!! waaa NANGISSSS!!!!!!!!!!!:((.. tup2 dapat lak call... Alhamdulillah...
Mula2 die bg offer, pastu tah nape tah, saje je jual mahal... terus alhamdulillah dapat... terbelih sudah...
so, masa untuk melihat offer letter plak... kalo jadik, jadik laa.. so selepas setahun dan sebulan setengah, terus laa berganjak....
Hmmm.... langkah perlu diteruskan rasa2nye...

Sunday, May 25, 2008

Kek Lapis Titian Permata


hmm... kek lapis yg berbentuk2 nie mmg menggunakan banyak bahan-bahan dan cara pembuatannya pun rumit. bentuk-bentuk dibahagian tengah tu kene buat dahulu (satu adunan kek) dan kemudian, dipotong-potong, lekatkan mengikut corak dan pastu baru laa dibakar semua untuk menjadi sebiji kek yg lengkap. oleh itu, selalulah juga terdapat lebihan2 dari 'inti' kek yang telah disiapkan lebih awal tu. Jadi untuk tidak membazir, aku pun cantum-cantumkan maka terciptalah Kek Lapis Titian Permata. Resipi : Telur, Tepung, Golden Churn Butter, Tepung, Baking Powder, Perisa Vanilla, Horlicks, Gula, dan pewarna yang disukai. Lihatlah gambar lakaran graphic tu.. cantek gak kann.... :>

Saturday, May 24, 2008

Kek Lapis Serpihan Permata


satu lagi kek yg baru dicipta... seperti selalu, resipi dapat masa datang kelas.. tapi gambarnyer secara graphic je ade... agak rumit walaupun nampak senang... hangin jugak laa nak buat kalo tak saba, tambah plak panas mengadap oven kann.....

Kek Lapis AF6...


minggu nie mencuba mencipta satu kek lapis yang baru.. tatau nak letak nama apa, so ikut je kebiasaan, mengambil nama sempena benda paling hangat dimata org2 di mesia nie.. jatuh pulak time final AF6 kann... jadik laa Kek Lapis AF6... nak tau resipi? .. kene dtg kelas laa kann.. nak tgk rupa??? lakaran graphic dulu laa ekk.. dah dapat gambar betul kang aku upload semula....

Sunday, May 18, 2008

Dataran Putrajaya

Bermula beberapa minggu yang lepas satu acara baru dirasmikan untuk menjadi tarikan pengunjung ke dataran putrajaya. Nampak berjaya. Bulatan putrajaya penuh dengan kenderaan, bersambung sepanjang jambatan menghala ke deretan pejabat kerajaan.

Berberapa tahun yang lalu, sebuah masjid baru dirasmikan di kawasan dataran putrajaya. Majlis berjaya. Kenderaan pengunjung memenuhi hampir separuh dari bulatan putrajaya kecuali pada tghari Hari Jumaat.

Bandingkan dan fikirkan.

Sunday, May 11, 2008

Sessi Post-Mortem dan Brainstorming untuk Program SUS

Pada 8 - 10 May 2008, satu sessi post-mortem dan brainstorming telah diadakan anjuran INSKEN dan MECD untuk mengenalpasti masalah SUS dan mencari jalan untuk menambahbaik program ini. Beberapa orang peserta SUS telah dipanggil untuk menyertai sekumpulan pegawai kerajaan bagi memenuhi tujuan tersebut. Dalam perbincangan tersebut, Wakil Usahawan telah menyuarakan beberapa masalah, dan pihak pegawai kerajaan telah menggunakan masalah yang diutarakan dalam laporan mereka.

Beberapa issu hangat yang dibincangkan adalah mengenai Module Kursus SUS, dan persoalan mengapa kurang penyertaan dari Siswazah. Program pembudayaan keusahawanan dimaklumakan oleh pegawai INSKEN telah mula dijalankan di Institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Tapi bagaimanakah keberkesanan program tersebut, dipersoalkan. Tudingan jari kepada pihak Institusi pengajian tinggi diikuti anggukan dari mejoriti ahli perbincangan.

Sekumpulan peserta dari UTM Skudai diketuai oleh seorang yang bergelar Doktor membuat penyelidikan mengenai keberkesanan Program SUS. Timbul persoalan dari hasil kajian, Mengapa kurang peserta yang menjadi usahawan?. Tudingan jari dan anggukan kepala melata kepada tiga kelompok: Peserta, Penganjur dan Penyelia Dana. Hangat pada penyelia Dana TUS.

Komen keseluruhan sessi Tiga hari dua malam ini:-
a) telah dipendekkan dipertengahan sessi kepada 2 hari satu malam... tapi peserta boleh terus menetap di hotel untuk memenuhi sessi 3 hari dua malam.. kata penganjur.

b) slot yg menarik kehadiran usahawan terpaksa dibatalkan atas sebab kekangan masa dan urusan lain orang teratas carta organisasi(walaupun urusan tersebut adalah ditempat yang sama).. kata penganjur.

c) peserta pulang dengan harapan luahan hati dapat disampaikan dengan tepat kepada orang teratas...

Sinis :- Orang teratas sakit perut kot.. sebab beberapa peserta juga sakit perut selepas makan makanan yang disediakan...

Peserta : Bekas Peserta SUS yang telah menjalankan perniagaan
Penganjur : Organisasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Pengelia Dana : SME Bank

SKIM USAHAWAN SISWAZAH (SUS)

Untuk makluman rakan-rakan, SUS adalah salah satu Skim yang disediakan oleh kerajaan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama MECD bertujuan untuk memberi bantuan kepada siswazah dalam memantapkan bisnes mereka sekiranya mereka ingin menjadikan Keusahawanan sebagai kerjaya utama.

Perlaksanaan semasa, SUS dijalankan bergilir-gilir die seluruh zon Negeri-negeri di Malaysia mengikut jadual yang telah dirangka.

Perkara yang paling menarik dalam skim ini adalah Skim Pinjaman dari Tabung Usahawan Siswazah, yang hanya layak untuk peserta-pesarta Kursus SUS. Minimum pembiayaan adalan 20ribu dan maksimum adalah 250ribu dan dana ini diselia oleh SME Bank.

Program yang menarik untuk semua rakan-rakan sekiranya hendak mencari pengalaman hidup yang baru, selain/selepas makan gaji. Seperti yang kita sedia maklum "90% punca rezeki adalah dari perniagaan...".

Monday, April 14, 2008

Telekung Untuk Dijual

Hi Alls,

Kain batik still on sales, sekarang kite nak tambah koleksi telekung pulak...




$$Harga RM170 sepasang

Saturday, March 29, 2008

My new Baby




Well, thanks to GOD coz giving me the opportunity to change my ride. Alhamdulillah akhirnya tercapai satu impian.... mula2 takut gak kalau-kalau loan rejected. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Insyaallah next week akan sampai di tangan sy... ALHAMDULILLAH...

Tuesday, February 12, 2008

Lagi set kebaya Indonesia


Meriah dengan sulaman bersilang benang perak bertanahkan merah garang. Membuatkan sipemakai tampak gah dan berani. Potongan kebaya moden sangat sesuai untuk pilihan.


Warna biru dengan sulaman rona sedondon dengan batik. Tampak menawan bila dipakai gadis sunti mahupun ibu muda. Sesuai dipakai ke majlis perkahwinan dan kenduri kendara... Tidak menyerlah tapi bergaya.


Warna biru dengan sulaman bunga benang rona yang sama. Lebih meriah dan menyerlah. Sesuai digayakan dengan selendang dari kain oganzan bersulam sedehana.


Merah jambu.. warna kegemaran kaum Hawa. Ditambah sulaman bunga dihujung kain dengan batik rona sedondon. Terserlah keayuan si pemakai dengan gaya kebaya moden singkat dipadan dengan selendang.

Monday, February 11, 2008

Set Kebaya Indonesia: Lebih anggun, elegen dan glamour



Hitam Menawan anggun dan elegen. Sesuai untuk majlis makan malam dengan potongan kebaya moden atau tradisional. Dengan sulaman bunga dan labuci, menyerlahkan lagi keangguna si pemakai...



Putih bersih dan suci membuat si pemakai tampak manis dan ayu.. Gaya Permaisuri Raja sehari ayu bersimpuh. Sesuai untuk potongan Kurung moden, tidak kurang juga padan dengan gaya kebaya labuh.


Warba merah hati, sesuai untuk apa jua gaya membuatkan si pemakai menjadi tarikan pandangan teruna.

Thursday, January 31, 2008

Wednesday, January 23, 2008

Work, work..more work...

17-18 January 2008... Business Trip to Singapore.. with client... nice trip and almost full fill the target. Guess what? I get my GUESS SUEDE - Enigmatic... really like it... will post the pic next time... :)

Tuesday, January 15, 2008

Work Getting Interesting now....

Semalam 15 Jan 07 :- First time masuk Operation Room and tgk live surgery. OPTHAMOLOGY (bahasa melayunye MATA).... tgk doktor bedah mate... best wooo....
Sebelum masuk OT, kene tukar baju yg doktor pakai tu.. so pilih laa mane2 baju yg ada dalam bilik salin baju... waa.. mulaa laa perasan cam pakar bedah.. hahahahhaa..... kelakar... pastu mula laa terasa cam pelakon dalam Grey's Anatomy.. salah satu series kegemaran aku.... hehehee... best-best.. tapi bedah mata nie tak menarik sgt... so tak saba2 nak masuk bedah yg besa2 nanti.. harap2 laa bley lagi masuk tuk bedah jantung ke... :D

Saturday, January 5, 2008

PROMOSI RAMZ ENTERPRISE






RAMZ BAKERY





RAMZ SPECIAL DECO

HAPPY NEW YEAR....

Selamat tahun baru walaupun dah seminggu berlalu.... life have to go on... even its getting tougher...