Sunday, May 11, 2008

Sessi Post-Mortem dan Brainstorming untuk Program SUS

Pada 8 - 10 May 2008, satu sessi post-mortem dan brainstorming telah diadakan anjuran INSKEN dan MECD untuk mengenalpasti masalah SUS dan mencari jalan untuk menambahbaik program ini. Beberapa orang peserta SUS telah dipanggil untuk menyertai sekumpulan pegawai kerajaan bagi memenuhi tujuan tersebut. Dalam perbincangan tersebut, Wakil Usahawan telah menyuarakan beberapa masalah, dan pihak pegawai kerajaan telah menggunakan masalah yang diutarakan dalam laporan mereka.

Beberapa issu hangat yang dibincangkan adalah mengenai Module Kursus SUS, dan persoalan mengapa kurang penyertaan dari Siswazah. Program pembudayaan keusahawanan dimaklumakan oleh pegawai INSKEN telah mula dijalankan di Institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Tapi bagaimanakah keberkesanan program tersebut, dipersoalkan. Tudingan jari kepada pihak Institusi pengajian tinggi diikuti anggukan dari mejoriti ahli perbincangan.

Sekumpulan peserta dari UTM Skudai diketuai oleh seorang yang bergelar Doktor membuat penyelidikan mengenai keberkesanan Program SUS. Timbul persoalan dari hasil kajian, Mengapa kurang peserta yang menjadi usahawan?. Tudingan jari dan anggukan kepala melata kepada tiga kelompok: Peserta, Penganjur dan Penyelia Dana. Hangat pada penyelia Dana TUS.

Komen keseluruhan sessi Tiga hari dua malam ini:-
a) telah dipendekkan dipertengahan sessi kepada 2 hari satu malam... tapi peserta boleh terus menetap di hotel untuk memenuhi sessi 3 hari dua malam.. kata penganjur.

b) slot yg menarik kehadiran usahawan terpaksa dibatalkan atas sebab kekangan masa dan urusan lain orang teratas carta organisasi(walaupun urusan tersebut adalah ditempat yang sama).. kata penganjur.

c) peserta pulang dengan harapan luahan hati dapat disampaikan dengan tepat kepada orang teratas...

Sinis :- Orang teratas sakit perut kot.. sebab beberapa peserta juga sakit perut selepas makan makanan yang disediakan...

Peserta : Bekas Peserta SUS yang telah menjalankan perniagaan
Penganjur : Organisasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Pengelia Dana : SME Bank

No comments: