Tuesday, May 27, 2008

Masa Untuk Melangkah

Telah tiba waktu untuk meneruskan langkah.... hehehehee... tadi dapat call dari satu kompeni yang aku apply and pegi interview 2 bulan lepas. Dah nak putus asa sebenarnya.. tetiba lak dapat call... dah le hari nie sume tak kene... siap keta tercalar!!!! waaa NANGISSSS!!!!!!!!!!!:((.. tup2 dapat lak call... Alhamdulillah...
Mula2 die bg offer, pastu tah nape tah, saje je jual mahal... terus alhamdulillah dapat... terbelih sudah...
so, masa untuk melihat offer letter plak... kalo jadik, jadik laa.. so selepas setahun dan sebulan setengah, terus laa berganjak....
Hmmm.... langkah perlu diteruskan rasa2nye...

Sunday, May 25, 2008

Kek Lapis Titian Permata


hmm... kek lapis yg berbentuk2 nie mmg menggunakan banyak bahan-bahan dan cara pembuatannya pun rumit. bentuk-bentuk dibahagian tengah tu kene buat dahulu (satu adunan kek) dan kemudian, dipotong-potong, lekatkan mengikut corak dan pastu baru laa dibakar semua untuk menjadi sebiji kek yg lengkap. oleh itu, selalulah juga terdapat lebihan2 dari 'inti' kek yang telah disiapkan lebih awal tu. Jadi untuk tidak membazir, aku pun cantum-cantumkan maka terciptalah Kek Lapis Titian Permata. Resipi : Telur, Tepung, Golden Churn Butter, Tepung, Baking Powder, Perisa Vanilla, Horlicks, Gula, dan pewarna yang disukai. Lihatlah gambar lakaran graphic tu.. cantek gak kann.... :>

Saturday, May 24, 2008

Kek Lapis Serpihan Permata


satu lagi kek yg baru dicipta... seperti selalu, resipi dapat masa datang kelas.. tapi gambarnyer secara graphic je ade... agak rumit walaupun nampak senang... hangin jugak laa nak buat kalo tak saba, tambah plak panas mengadap oven kann.....

Kek Lapis AF6...


minggu nie mencuba mencipta satu kek lapis yang baru.. tatau nak letak nama apa, so ikut je kebiasaan, mengambil nama sempena benda paling hangat dimata org2 di mesia nie.. jatuh pulak time final AF6 kann... jadik laa Kek Lapis AF6... nak tau resipi? .. kene dtg kelas laa kann.. nak tgk rupa??? lakaran graphic dulu laa ekk.. dah dapat gambar betul kang aku upload semula....

Sunday, May 18, 2008

Dataran Putrajaya

Bermula beberapa minggu yang lepas satu acara baru dirasmikan untuk menjadi tarikan pengunjung ke dataran putrajaya. Nampak berjaya. Bulatan putrajaya penuh dengan kenderaan, bersambung sepanjang jambatan menghala ke deretan pejabat kerajaan.

Berberapa tahun yang lalu, sebuah masjid baru dirasmikan di kawasan dataran putrajaya. Majlis berjaya. Kenderaan pengunjung memenuhi hampir separuh dari bulatan putrajaya kecuali pada tghari Hari Jumaat.

Bandingkan dan fikirkan.

Sunday, May 11, 2008

Sessi Post-Mortem dan Brainstorming untuk Program SUS

Pada 8 - 10 May 2008, satu sessi post-mortem dan brainstorming telah diadakan anjuran INSKEN dan MECD untuk mengenalpasti masalah SUS dan mencari jalan untuk menambahbaik program ini. Beberapa orang peserta SUS telah dipanggil untuk menyertai sekumpulan pegawai kerajaan bagi memenuhi tujuan tersebut. Dalam perbincangan tersebut, Wakil Usahawan telah menyuarakan beberapa masalah, dan pihak pegawai kerajaan telah menggunakan masalah yang diutarakan dalam laporan mereka.

Beberapa issu hangat yang dibincangkan adalah mengenai Module Kursus SUS, dan persoalan mengapa kurang penyertaan dari Siswazah. Program pembudayaan keusahawanan dimaklumakan oleh pegawai INSKEN telah mula dijalankan di Institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Tapi bagaimanakah keberkesanan program tersebut, dipersoalkan. Tudingan jari kepada pihak Institusi pengajian tinggi diikuti anggukan dari mejoriti ahli perbincangan.

Sekumpulan peserta dari UTM Skudai diketuai oleh seorang yang bergelar Doktor membuat penyelidikan mengenai keberkesanan Program SUS. Timbul persoalan dari hasil kajian, Mengapa kurang peserta yang menjadi usahawan?. Tudingan jari dan anggukan kepala melata kepada tiga kelompok: Peserta, Penganjur dan Penyelia Dana. Hangat pada penyelia Dana TUS.

Komen keseluruhan sessi Tiga hari dua malam ini:-
a) telah dipendekkan dipertengahan sessi kepada 2 hari satu malam... tapi peserta boleh terus menetap di hotel untuk memenuhi sessi 3 hari dua malam.. kata penganjur.

b) slot yg menarik kehadiran usahawan terpaksa dibatalkan atas sebab kekangan masa dan urusan lain orang teratas carta organisasi(walaupun urusan tersebut adalah ditempat yang sama).. kata penganjur.

c) peserta pulang dengan harapan luahan hati dapat disampaikan dengan tepat kepada orang teratas...

Sinis :- Orang teratas sakit perut kot.. sebab beberapa peserta juga sakit perut selepas makan makanan yang disediakan...

Peserta : Bekas Peserta SUS yang telah menjalankan perniagaan
Penganjur : Organisasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Pengelia Dana : SME Bank

SKIM USAHAWAN SISWAZAH (SUS)

Untuk makluman rakan-rakan, SUS adalah salah satu Skim yang disediakan oleh kerajaan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama MECD bertujuan untuk memberi bantuan kepada siswazah dalam memantapkan bisnes mereka sekiranya mereka ingin menjadikan Keusahawanan sebagai kerjaya utama.

Perlaksanaan semasa, SUS dijalankan bergilir-gilir die seluruh zon Negeri-negeri di Malaysia mengikut jadual yang telah dirangka.

Perkara yang paling menarik dalam skim ini adalah Skim Pinjaman dari Tabung Usahawan Siswazah, yang hanya layak untuk peserta-pesarta Kursus SUS. Minimum pembiayaan adalan 20ribu dan maksimum adalah 250ribu dan dana ini diselia oleh SME Bank.

Program yang menarik untuk semua rakan-rakan sekiranya hendak mencari pengalaman hidup yang baru, selain/selepas makan gaji. Seperti yang kita sedia maklum "90% punca rezeki adalah dari perniagaan...".